Thursday 15 November 2018

Marin@Maritim Kedester sebagai Penyelamat Tanah Orang Melayu Sarawak

Apa yang anda tahu tentang maritim kadaster?

Marin@maritim kadaster ialah suatu bidang ukur yang memberi hak pemilikan tanah dan persisiran  pantai laut sehingga batas tertentu. Ia juga boleh dipraktik bagi sungai yang besar seperti kebanyakan sungai di sarawak.

Image result for maritim kadester

Image result for maritim kadester

Ia serupa seperti ukuran lot tanah biasa, hanya perbezaannya ialah memberi milik lot tanah sehingga batas sempadan tertentu di dalam lingkungan persisiran pantai. Semakin jauh di luar pantai ia adalah merujuk kepada bidang kuasa kerajaan negeri/negara.

Bagaimana marin@maritim kadester boleh menyelamat Orang Melayu, Sarawak. Mari kita rungkai di sini :

Kebanyakan orang melayu/melanau tinggal di persisiran pantai atau tebing sungai di mana tanah mereka hanya terletak beberapa meter sahaja dari laut atau sungai. Oleh itu, adalah wajar jika marin@maritim kadester ini dilaksanakan agar orang melayu/melanau akan mendapat hak mereka ke atas persisiran laut/sungai.

Ini kenyataan dan bukannya rasis, kebanyakan orang dayak pula tinggal di kawasan darat dan tuntutan demi tuntutan untuk pemberimilikan ke atas tanah NCR mereka. Ya kita tahu itu betul hak mereka kerana nenek moyang mereka yang meneroka dan tinggal di kawasan hutan tersebut. Justeru itu, melayu/melanau akan hilanglah tanah demi tanah kerana nenek moyang melayu/melanau yang kebanyakan tinggal di sungai/laut. Orang melayu juga dalam dilemma kerana arus deras sungai dan ombak laut lama-kelamaan akan menghakis tanah mereka dan akan hilanglah daratannya.

Justeru itu, kerajaan cepat-cepatlah mempraktikkan marin@maritim kadaster atas dasar menjaga hak melayu/melanau dan juga kaum lain yang tinggal di kawasan pantai dan sungai. Dari sudut ekonominya, pengangan hakmilik akan menggalakkan pembangunan serta penjanaan ekonomi setempat di kawasan pantai.




Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Geomatik Ukur Tanah Tahap 3 kini di Sarawak

Kenyalang Skill Institut (KSI) merupakan Pusat bertauliah Terbaik yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk menjalankan Latihan Kemahiran kepada belia-belia di Sarawak. KSI terletak di Sublot 18&19 Vista Tunku Jalan Demak, Kuching Sarawak berhadapan dengan Bulatan menuju ke Wisma Bapa Malaysia, Kuching dan Jalan menuju ke Jambatan Tun Salahuddin Tol lama ke Pending.



Kursus yang ditawarkan ialah Geomatik dan Ukur Tanah Tahap 3 yang merupakan kursus yang julung kali diadakan di Sarawak di mana ia fokus dalam menyediakan Tenaga mahir dalam industri Ukur Tanah. Ia dapat memenuhi permintaan tinggi Tenaga Mahir Ukur Tanah dalam sektor kerja- kerja pembinaan sepeti Pan Borneo dan SCORE projek, industri Perladangan, hidrografi, Utiliti bawah Tanah etc. 




Belia-belia yang ingin mengikuti program geomatik dan ukur tanah Tahap 3 hendaklah lulus SPM lulus sahaja serta Minat yang mendalam di mana perlu menjalani latihan selama 18 bulan. Belia-Belia yang tamat latihan dengan jayanya boleh menjawat jawatan selaku Pembantu Teknik Ukur di firma ukur, Syarikat Perladangan, Pembinaan, Hidrografi, Utiliti dan Komunikasi, JuruOperasi Drone/Uav serta Pemproses Data Ukur dan Geospatial di Badan Korporat dan Swasta. Kursus ini diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, JPA di mana graduan layak menjawat Jawatan Awam di pejabat Agensi Kerajaan. Belia boleh dan jika berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke Sarjana Muda Geomatik & Ukur Tanah.







Revolusi UAV/Drone Survey dalam Industri Tanah NCR

Adakah anda terfikir satu ketika akan datang, penggunaan teknologi Unmaned Aerial Survey(UAV) dan Global Positioning System(GPS) survey adalah menjadi jalan terbaik dalam mempercepatkan pengukuran Tanah Adat Di Sarawak (NCR). Dari segi teknikal mungkin tidak menjadi mustahil kerana sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) di luar negara telah berlumba-lumba untuk memantapkan produk UAV/Drone mereka. 

Mari kita lihat dari sudut teknikal yang cuba saya terangkan:

1.  Kita memang mengetahui konvensional survey menggunakan total station mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana faktor-faktor keadaan logistik yang jauh di lapangan dan wujud juga dialog komunikasi yang hambar kerana ketidakpahaman penduduk kampung. Dengan UAV & GPS ia akan memudahkan dan mempercepatkan pengukuran di lapangan. Mari kita lihat langkah-langkah yang perlu.

1.1 Sebelum pengukuran dijalankan di lapangan, Pengukuran GPS hendaklah dilakukan dengan menjamin kejituan mengikut ketepatan spesifikasi ukuran kadester. Sekurang-kurang empat(4) titik GPS diperlukan agar menjadi kawalan utama untuk Lot Tanah. 



Image result for rtk survey

1.2  Menggunakan UAV Survey, untuk terbang mengambil gambar-gambar imej di lapangan dengan kekerapan masa tindihan gambar yang paling minima agar imej yang terhasil dapat disusun atur (orthophoto) menjadi resolusi yang amat jelas. GPS digabungkan dengan UAV hendaklah diselarikan dengan koordinat GPS di lapangan yang telah diukur supaya kawalan mendatar menepati spesifikasi ukuran kadester. Dengan erti kata mudah UAV hendaklah mempunyai keupayaan kamera digital yang terbaik dan GPS yang digabungkan, pula dapat memberikan kedudukan dengan jitu. Real Time Kinematik(RTK) UAV survey adalah satu teknik terbaik dalam menjalakan pengukuran secara masa hakiki.


Illustration showing a drone linked to a base station.
1.3 Keputusannya setelah gambar-gambar diproses digabungkan dan melalui pemprosesan digital orthophoto maka garisan-garisan sempadan antara tanah dapat dilukis. Dengan itu, satu pelan kadester dapat dihasilkan dengan data-data yang tersebut. 

Related image

Walaubagaimanapun ini adalah pandangan revolusi yang amat memerlukan kajian yang lebih mendalam untuk melaksanakannya. Terdapat kelemahan-kelemahan wujud di mana,

1. Kawasan hutan hendaklah dibersihkan dengan jelas agar tiada gangguan isyarat cerapan GPS koordinat ketika UAV diterbangkan. Ia perlu untuk mendapat  pengukuran berkejituan tinggi.
2. Garisan antara sempadan tidak jelas kerana ia berpandukan imej gambar sahaja. Ini bermakna gambar-gambar berkualiti tinggi amatlah perlu untuk memberi tafsiran di mana sempadan sebenar.
3. Kedudukan peg/tanda sempadan tidak ditanam di lapangan yang mana perimeter lot-lot hanya dilukis berdasarkan imej sahaja.

Teknik ini adalah sesuai untuk hakmilik sementara di mana proses hakmilik kekal akan disusuli kemudian. Walaupun ia hanya hakmilik sementara, status hak sebenar orang bumiputera ke atas lot tanah tersebut tidak akan disangkal oleh pemilik lain.

Friday 21 March 2014

Quality and Cost Saving UAV phantom 3 Dji for Mining Project





QUALITY AND COST SAVING UAV SERVICES FOR MINING PROJECT


I.G.S Spatial Services (96317) was commissioned by client  to carry out an Unmanned Aerial Vehicle (UAV or Drone) survey with the objective of estimating the quarry stone volume/stone resource






SETTING UAV & FLYING UAV


RESULTS :


ORTHOPHOTO MAP


DIGITAL ELEVATION MODEL