Marin@maritim kadaster ialah suatu bidang ukur yang memberi hak pemilikan tanah dan persisiran pantai laut sehingga batas tertentu. Ia juga boleh dipraktik bagi sungai yang besar seperti kebanyakan sungai di sarawak.
Ia serupa seperti ukuran lot tanah biasa, hanya perbezaannya ialah memberi milik lot tanah sehingga batas sempadan tertentu di dalam lingkungan persisiran pantai. Semakin jauh di luar pantai ia adalah merujuk kepada bidang kuasa kerajaan negeri/negara.
Bagaimana marin@maritim kadester boleh menyelamat Orang Melayu, Sarawak. Mari kita rungkai di sini :
Kebanyakan orang melayu/melanau tinggal di persisiran pantai atau tebing sungai di mana tanah mereka hanya terletak beberapa meter sahaja dari laut atau sungai. Oleh itu, adalah wajar jika marin@maritim kadester ini dilaksanakan agar orang melayu/melanau akan mendapat hak mereka ke atas persisiran laut/sungai.
Ini kenyataan dan bukannya rasis, kebanyakan orang dayak pula tinggal di kawasan darat dan tuntutan demi tuntutan untuk pemberimilikan ke atas tanah NCR mereka. Ya kita tahu itu betul hak mereka kerana nenek moyang mereka yang meneroka dan tinggal di kawasan hutan tersebut. Justeru itu, melayu/melanau akan hilanglah tanah demi tanah kerana nenek moyang melayu/melanau yang kebanyakan tinggal di sungai/laut. Orang melayu juga dalam dilemma kerana arus deras sungai dan ombak laut lama-kelamaan akan menghakis tanah mereka dan akan hilanglah daratannya.
Justeru itu, kerajaan cepat-cepatlah mempraktikkan marin@maritim kadaster atas dasar menjaga hak melayu/melanau dan juga kaum lain yang tinggal di kawasan pantai dan sungai. Dari sudut ekonominya, pengangan hakmilik akan menggalakkan pembangunan serta penjanaan ekonomi setempat di kawasan pantai.
No comments:
Post a Comment