Thursday 15 November 2018

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Geomatik Ukur Tanah Tahap 3 kini di Sarawak

Kenyalang Skill Institut (KSI) merupakan Pusat bertauliah Terbaik yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk menjalankan Latihan Kemahiran kepada belia-belia di Sarawak. KSI terletak di Sublot 18&19 Vista Tunku Jalan Demak, Kuching Sarawak berhadapan dengan Bulatan menuju ke Wisma Bapa Malaysia, Kuching dan Jalan menuju ke Jambatan Tun Salahuddin Tol lama ke Pending.



Kursus yang ditawarkan ialah Geomatik dan Ukur Tanah Tahap 3 yang merupakan kursus yang julung kali diadakan di Sarawak di mana ia fokus dalam menyediakan Tenaga mahir dalam industri Ukur Tanah. Ia dapat memenuhi permintaan tinggi Tenaga Mahir Ukur Tanah dalam sektor kerja- kerja pembinaan sepeti Pan Borneo dan SCORE projek, industri Perladangan, hidrografi, Utiliti bawah Tanah etc. 




Belia-belia yang ingin mengikuti program geomatik dan ukur tanah Tahap 3 hendaklah lulus SPM lulus sahaja serta Minat yang mendalam di mana perlu menjalani latihan selama 18 bulan. Belia-Belia yang tamat latihan dengan jayanya boleh menjawat jawatan selaku Pembantu Teknik Ukur di firma ukur, Syarikat Perladangan, Pembinaan, Hidrografi, Utiliti dan Komunikasi, JuruOperasi Drone/Uav serta Pemproses Data Ukur dan Geospatial di Badan Korporat dan Swasta. Kursus ini diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, JPA di mana graduan layak menjawat Jawatan Awam di pejabat Agensi Kerajaan. Belia boleh dan jika berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke Sarjana Muda Geomatik & Ukur Tanah.







No comments:

Post a Comment