Adakah anda terfikir satu ketika akan datang, penggunaan teknologi Unmaned Aerial Survey(UAV) dan Global Positioning System(GPS) survey adalah menjadi jalan terbaik dalam mempercepatkan pengukuran Tanah Adat Di Sarawak (NCR). Dari segi teknikal mungkin tidak menjadi mustahil kerana sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) di luar negara telah berlumba-lumba untuk memantapkan produk UAV/Drone mereka.
Mari kita lihat dari sudut teknikal yang cuba saya terangkan:
1. Kita memang mengetahui konvensional survey menggunakan total station mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana faktor-faktor keadaan logistik yang jauh di lapangan dan wujud juga dialog komunikasi yang hambar kerana ketidakpahaman penduduk kampung. Dengan UAV & GPS ia akan memudahkan dan mempercepatkan pengukuran di lapangan. Mari kita lihat langkah-langkah yang perlu.
1.1 Sebelum pengukuran dijalankan di lapangan, Pengukuran GPS hendaklah dilakukan dengan menjamin kejituan mengikut ketepatan spesifikasi ukuran kadester. Sekurang-kurang empat(4) titik GPS diperlukan agar menjadi kawalan utama untuk Lot Tanah.
1.2 Menggunakan UAV Survey, untuk terbang mengambil gambar-gambar imej di lapangan dengan kekerapan masa tindihan gambar yang paling minima agar imej yang terhasil dapat disusun atur (orthophoto) menjadi resolusi yang amat jelas. GPS digabungkan dengan UAV hendaklah diselarikan dengan koordinat GPS di lapangan yang telah diukur supaya kawalan mendatar menepati spesifikasi ukuran kadester. Dengan erti kata mudah UAV hendaklah mempunyai keupayaan kamera digital yang terbaik dan GPS yang digabungkan, pula dapat memberikan kedudukan dengan jitu. Real Time Kinematik(RTK) UAV survey adalah satu teknik terbaik dalam menjalakan pengukuran secara masa hakiki.
1.3 Keputusannya setelah gambar-gambar diproses digabungkan dan melalui pemprosesan digital orthophoto maka garisan-garisan sempadan antara tanah dapat dilukis. Dengan itu, satu pelan kadester dapat dihasilkan dengan data-data yang tersebut.
Walaubagaimanapun ini adalah pandangan revolusi yang amat memerlukan kajian yang lebih mendalam untuk melaksanakannya. Terdapat kelemahan-kelemahan wujud di mana,
1. Kawasan hutan hendaklah dibersihkan dengan jelas agar tiada gangguan isyarat cerapan GPS koordinat ketika UAV diterbangkan. Ia perlu untuk mendapat pengukuran berkejituan tinggi.
2. Garisan antara sempadan tidak jelas kerana ia berpandukan imej gambar sahaja. Ini bermakna gambar-gambar berkualiti tinggi amatlah perlu untuk memberi tafsiran di mana sempadan sebenar.
3. Kedudukan peg/tanda sempadan tidak ditanam di lapangan yang mana perimeter lot-lot hanya dilukis berdasarkan imej sahaja.
Teknik ini adalah sesuai untuk hakmilik sementara di mana proses hakmilik kekal akan disusuli kemudian. Walaupun ia hanya hakmilik sementara, status hak sebenar orang bumiputera ke atas lot tanah tersebut tidak akan disangkal oleh pemilik lain.
Teknik ini adalah sesuai untuk hakmilik sementara di mana proses hakmilik kekal akan disusuli kemudian. Walaupun ia hanya hakmilik sementara, status hak sebenar orang bumiputera ke atas lot tanah tersebut tidak akan disangkal oleh pemilik lain.
No comments:
Post a Comment